REHAT KEJAP...................TRING>>>>

nuffnang ad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ok tak blog saya ni?.

Sahabatku sekalian

CERITA APA?

get this widget here

Khamis, 10 Mei 2012

lagu kanak-kanak dan cara ingat mengaji sambil menyanyi

Assalamualaikum,dah lama tak on air,kekadang rasa nak tekan -tekan pun dah mmmmmmmmmmmmmmm fahamlah aje korang kan?Entah tiba-tiba nak cari  lagu nak dendangkan untuk pelatih o.k.u surf kat you tube suka pulak dengar lagu nie,yang syoknya anak-anak pun suka itu yg rasa letih dan tak bermaya bila dengar lagu kanak-kanak terhibur rasa hati.jom dengar para ibu bapa sekalian ..................... video

Sabtu, 21 Januari 2012

Baru sebulan pandu kereta dah langgar tembok

Assalamulaikum,rasa macam tak percaya je cik ai dah terlanggar tambok nasib baik body kereta tak hancur,cuma besi kat sober je bengkok.Itu pun dah kena pot pet ngan cik suami mau tak ya hari rabu lepas18.1.2012 suami cik ai baru tukar rim,hari khamis kisah tragis telah berlaku.
mcm nie keta cik ai,kereta lama  baru beli,alhamdulilah tiada hutang keta
                                             Bukan 10 ringgit dik,beribu mau tak pot pet suami cik ai,apa boleh buat kisah tragis telah berlaku apa blh buat.Puas cik kena bolan dgn sepenuh jiwa ,setelah diperiksa keadaan kereta hanya besi dalam kat sober yg bengkok tidak sama sekali melibatkan rim.Alhamdulilah syukur pada Allah.Maka kos kerosakan tidak melibatkan ratusan ringgit.Sekian...................

tuan punya blog yang baik hati


Assalamualaikum,dah lama saya mencari header yang sesuai akhirnya ,ada seorang blogger tu baik sesangat ,dia sentiasa memberi freebies header lagi.Susah betul nak cari manusia sebaik tu zaman sekarang.Kalau korang nak free header boleh mintak ngan tuan rumah tau .korang nak tekan disini,baik tuan pepunya blog .Saya doakan semoga Allah membalas baik hatinya   .Amin..............

Khamis, 5 Januari 2012

Tahun baru kerja pun bertambah...........anak-anak tetap dihatiku.

Assalamualaikum semua ,wah dah lama cik ai tak bersiaran semenjak anak dah naik sekolah ,cik ai pun dah keja letih sesunggguh .Cik ai dah dapat lesen keta dah tapi bawa pergi balik area dekat-dekat je tak berani lagi jejauh,motor sekarang dah malas pulak nak bawak hahaha.Tapi cik ai kena jaga tu 2 tahun nak dapatakan lesen cdl barulah lega sikit.Gambar pun cik ai tak upload jejari jemari malas sungguh...............,sekarang nie masa cik ai terlalu padat semuanya nak uruskan ,tambahan lak anak2 cik ai manja sesangat semuanya nak ngan ibu dia.Tapi cik rasa penat mcm na bila dakap mereka terasa hilang semua penat lelah.............

Sabtu, 10 Disember 2011

Cik Ai dah ada kerja



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua lama betul cik ai tak updated blog memang busy,tadi tanganya mengatal habis semua gambar terdelete.Bertambah kerja lagi padan muka cik ai.Sekarang nie cik ai tak fully mummy tau! cik ai dah ada kerja jadi petugas kat pdk,kiranya jadi cikgulah kat situ.huhuhu tercapai gak impian cik ai.Kiranya cik ai kerja kat sini sebagai sukarelawan la tapi di bayar elaun alhamdulilah rezeki cik ai sekeluarga.
                                        Masa pun macam cikgu balik kul 2,ada masa cik masak ,kemas rumah dan cik masih sambilan kerja kat rumah orang alhamdulilah.Semoga Allah tambahkan rezeki cik ai sekeluarga.Sebenarnya cik ai tak mengharap kerja nie tapi cik ai dah niat nak tolong mereka cik ai nak kenali mereka memang menduga keimanan.Tapi cik ai berdoa pada Allah supaya permudahkan segala kerja cik ai.Alhamdulilah cik ai dapat mengatasi segala kesulitan Amin.Bagi sesiapa ada keluarga yang oku sayangi mereka kerana sesungguhnya mereka ada hak mendapat kasih sayang.Kalau ada ahli keluarga yg oku hantarlah mereka kat pdk yg berdekatan supaya mereka boleh bergaul degan semua orang.
                Pesan cik ai orang yg oku kalau didedahkan dengan persekitaran insyAllah mereka kurang melakukan keganasan yang keterlaluan.Hantar mereka ya,mereka juga dapat elaun nanti

Geram tengok orang pandu kereta

Assalamualaikum ,cik ai tengah frust sesangat nie,test jpj tak lulus masa naik bukit,.Tak leh buat langsung sebab darah gemuruh dan terperangat pakcik yang jaga tu meneking kat cik ai .Ya Allah kalau tidak dah dapat p dah cik ai.Oh kena ambik lagi sekali mudahan pas nie lulus hendaknya

Sabtu, 19 November 2011

Rasa seronok bila dengar orang tua membebel........

Assalamualaikum apakhabar semua?.Mudahan korang semua dirahmati Allah hendaknya.Cik Ai sekarang busy benor nak test ujian ,uruskan rumah,kerja sambilan,bersihkan kawasan rumah Cik Ai lagi.Ya Allah padat betul jadualnya.Sampai mak kat kampung dah membebel bila nak balik kampung?dekat 2 bulanlah cik Ai tak balik memang busy.Maaf ya mak,bukan Cik  Ai tak nak balik tapi sibuk nak periksa hahaha kalah macam budak sekolah je.Cik Ai sebenarnya nak habiskan belajar lesen kereta,alhamdulilah Q test dah ok tinggal jpj nanti 29hb.
yg tudug merah tu mak cik ai,tgh bebel tu ngan cucunya....
                       Masa arwah yaee masih hidup,selalu ingatkan Cik Ai ambik lesen tapi cik ai tak nak dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Dah kahwin dah ada anak baru nak menyibuk.Nie nasihat cik ai ambil lesen masa muda dengar kata orang tua jangan macam cik ai rasa menyesal pulak tak dengar kata dulu.Biar mereka bebel ke apa tak pe dengar je itu untuk masa depan.Pesan cik Ai jangan melawan kerana setiap patah kata orang tua itu nasihat dan pengajaran berguna untuk masa depan.Selagi diorang bebel ,kerana diorang sayangkan korang.
                  Bila mereka telah tiada terasa rindu pulak tiada siapa nak bebel kat Cik Ai lagi.Tapi Cik ai masih ada mak ,cik ai memang suka mak membebel tak tau kenapa mungkin dah terbiasa arwah yaee dan yayee dari dulu kot.Sekarang nie cik ai bebel kat anak-anak pulak untuk kebaikan mereka.Sebenarnya orang tua yang bebel tulah sayang kat kita........

Isnin, 14 November 2011

Hanya tinggal kenangan



Assalamualaikum hai semua,bila saya terlihat gambar rumah nie,kenangan lalu mengusik jiwa.Rumah inilah saya  dibesarkan rumah inilah saya mengenal dunia.Atas didikan arwah yaye arwah yaee dan mak saya akhirnya saya jadikan panduan hidup.
                    Segala arahan dan marah mereka akhirnya saya jadi ibu baru saya faham semuanya demi kebaikan saya sendiri di masa hadapan.Fuh kalau mengimbau zaman bebudak dulu banyak pantang larang kalau bebudak zaman sekarang pasti melawan punya.
inilah rumah banyak kenangan masa cik ai kecik -kecik dulu
                  Kalau bangun pagi hari sekolah tidak mesti bangun kul 6 kalau tidak alamat kena gedang kena simbah ngan air.Pastu tak leh tidur balik kenalah tolong kat dapur,buat sarapan kalau malas tolong dengar cerita arwah yaee masa zaman jepun dulu syok tu ,walaupun hakikatnya mata nie nak pejam aje tapi nak tak nak kena buka mata.Kira teman arwah yaee kat dapur kuang,kuang.
                Kalau arwah yayee pulak air paling dia suka teh pekat-pekat manis(tapi peliknya tak de pulak kencing manis)itulah air mesti ada.Tapi itu semua tinggal kenangan hanya dalam memori yang ada kesedihan bila teringatkan mereka yang tiada.Rumah nie sekarang yang tinggal pakcikku iaitu cik jim.Tak leh cerita lagi dah sebak dah.............

Genap 4 tahun anak lelakiku















 kejap je masa berlalu,rasanya baru semlm bersalin dia.Semoga Allah memberkati hidupmu anakku...Amin....



Majlis konvo anak dan saja -saja candid ......






































Assalamualaikum ,penat sungguh sekarang nie busy betul penuh masa saya seharian.Semalam anak saya konvo umurnya 6 tahun .Hai kejap je masa berlalu dan rasa tak percaya anak-anak makin meningkat  dewasa depan mata.dan tak boleh nak kata apa penat sesungguh nie.Gambar nya sungguh tak cantik pakai phone murah memang tak puashati,tapi ada juga kenangan untuk anak.

Rabu, 9 November 2011

Disebalik keluhan peniaga jalan TAR,dimana hala tuju orang melayu?


Delima peniaga Melayu Jalan TAR



sumber utusan malaysia



Abbas Zaghnan (kanan) bersama rakan-rakan lain yang juga warga Pakistan di sepanjang arked Jalan TAR.



Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) merupakan lokasi membeli-belah yang cukup terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk Kuala Lumpur malah mereka yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta Singapura.
Semuanya bertumpu di situ menyebabkan Jalan TAR tidak pernah sunyi. Sentiasa dikunjungi orang. Baik semasa hari biasa apatah lagi hujung minggu. Jumlah orang ramai bertambah berkali ganda semasa cuti umum atau musim perayaan.
Masyarakat Melayu paling suka membeli-belah di Jalan TAR kerana terdapat bermacam-macam barangan khusus untuk mereka seperti kain ela bagi dibuat baju kurung, baju kurung yang telah siap, tudung, barangan untuk menunaikan haji, ubat-ubat tradisional dan sebagainya.
Selain kedai-kedai yang menjual barangan tersebut, di situ juga terdapat kawasan membeli-belah yang berupa petak kedai kecil, terletak sebelah-menyebelah di lorong-lorong sempit.
Pemilik kedai atau jurujual berdiri di luar kedai memanggil serta mempelawa sesiapa sahaja yang lalu-lalang untuk singgah melihat barangan yang ditawarkan. Ada ketikanya terasa rimas kerana terlalu ramai yang menyapa supaya singgah di kedai mereka.
Jika anda perasan, beberapa tahun dahulu, selain peniaga-peniaga tempatan, mungkin kebanyakan peniaga dan jurujual di arked-arked dan kedai di sekitar Jalan TAR terdiri daripada wanita yang berasal dari negara jiran, Indonesia kerana slanga mereka yang 'pekat'. Namun pada masa kini mereka semakin 'pupus' dan digantikan dengan bangsa lain pula.
Hari ini, wajah peniaga-peniaga warga asing sudah menjadi biasa jika anda mengunjungi kedai dan arked di sekitar Jalan TAR. Mereka yang terdiri daripada lelaki sudah boleh bertutur bahasa Melayu untuk memanggil pelanggan.
Jarang sekali dapat dilihat jurujual wanita atau pemilik kedai warga tempatan, menjadikan ketika berada di persekitaran itu seolah-olah berada di negara asing dan bukan di negara sendiri.
Ramai peniaga tempatan mengeluh dan tidak berpuas hati dengan kebanjiran peniaga asing yang memonopoli perniagaan di Jalan TAR. Keadaan ini menjejaskan perniagaan mereka kerana peniaga-peniaga asing kebanyakannya warga Pakistan berani melabur dalam jumlah yang besar untuk mendapatkan tempat berniaga.
Selain Pakistan, terdapat juga peniaga dari Afghanistan, India, Iran dan Iraq. Kebanyakan mereka berniaga pakaian dan tudung. Ada juga yang berniaga makanan, permaidani dan barangan perhiasan rumah.
Beberapa 'kerat' peniaga tempatan di situ sudah banyak kali menyuarakan kebimbangan terhadap situasi tersebut. Namun keluhan dan aduan mereka lenyap bagai angin lalu.
Dawiah Othman, 44, yang telah 15 tahun berniaga kain ela dan tudung di salah sebuah arked di Jalan TAR mengakui semakin ramai peniaga dan jurujual warga Pakistan di arked tersebut.
Katanya yang berasal dari Kelantan, peniaga dan jurujual Pakistan itu telah berniaga dan bekerja di situ sejak lima atau enam tahun lalu. Jumlah mereka semakin ramai dari semasa ke semasa.
Menurutnya, arked tersebut yang dimiliki oleh ahli perniagaan dari negara jiran boleh disewa oleh sesiapa sahaja.
Justeru, ramai peniaga Pakistan yang menyewa dan mereka tidak kisah membayar harga tinggi asalkan memiliki tempat untuk berniaga.
Sementara itu, Sansiwar Mogek yang telah 40 tahun berniaga tudung secara borong dan runcit di Gerai Berkunci DBKL terus-terang menyatakan rasa geram dan tidak senang dengan kehadiran warga Pakistan di sekitar Jalan TAR.
"Dari pangkal Jalan TAR hingga ke hujung dipenuhi dengan peniaga Pakistan. Jika dibiarkan, habislah orang Melayu. Nanti orang Pakistan yang mengambil alih semua perniagaan di sini dan orang Melayu pula yang menjadi pekerja,'' katanya yang mewarisi gerai tersebut daripada bapa dan abangnya.
Gerainya yang dinamakan E One Collection yang disewa daripada DBKL RM100 sebulan diletakkan syarat tidak boleh disewakan pada orang lain.
Namun, apa yang dikesalkan ada juga pemilik gerai yang menyewakan kepada orang lain kerana harga tinggi yang ditawarkan.
"Banyak peniaga warga asing yang menawarkan pada saya harga sewa RM10,000 sebulan dan sanggup membayar sekali gus enam bulan namun saya tolak kerana tidak mahu menggadaikan hak gerai milik Melayu ini kepada orang asing.
"Saya lihat pula peniaga Pakistan ini dapat keistimewaan. Kalau peniaga bukan Pakistan yang buat salah, tindakan cepat dilakukan tetapi jika peniaga Pakistan mereka (pihak berkuasa) seakan tutup mata,'' jelasnya yang berasal dari Kuang, Selangor.
Menurut Sansiwar, kebanjiran peniaga Pakistan itu bermula sejak 2004 dan tidak salah jika dikatakan kehadiran mereka membunuh peniaga Melayu.
Sementara itu salah seorang peniaga yang berasal dari Pakistan yang ditemui, Mohd. Ali Hazrat Ali yang berniaga kain ela, batik sarung dan pelikat berkata, telah lebih 50 tahun dia berniaga di Jalan TAR dan akan terus berniaga di situ.
Katanya, sebelum berniaga di arked Jalan TAR, dia telah berniaga di beberapa lokasi namun paling lama di tempat sekarang, iaitu 10 tahun.
Mohd. Ali berkata, dahulu senang berniaga di Kuala Lumpur kerana kedai tidak banyak dan mempunyai ramai pelanggan. Bagaimanapun kini kedai semakin banyak dan pelanggan juga telah berkurangan.
Dalam pada itu, Abbas Zaghnan, 26, jurujual warga Pakistan yang bekerja di kedai menjual kain dan tudung di arked Jalan TAR berkata,
"Kebanyakan orang Pakistan ydi Malaysia mudah mendapat wang sebab itu ramai yang datang untuk bekerja di negara ini.ang datang ke Malaysia berniaga atau bekerja di kedai pakaian dan tudung. Walaupun mula-mula tidak tahu cakap Melayu, lama-kelamaan mereka semakin fasih kerana bahasa Melayu senang hendak faham dan dipelajari,'' katanya yang baru dua tahun berada di sini.
Kata Abbas, dia seronok bekerja di Jalan TAR kerana mempunyai ramai kenalan yang senegara dengannya. Lagipun di sini senang mendapat makanan Pakistan yang dijual oleh orang Pakistan sendiri.


       Wahai orang melayu bangkitlah! janganlah sebab duit awak semua mengadaikan maruah sebagai orang melayu.Itulah renteten kehidupan peniaga melayu yang mengeluh seperti di bumi asing.Tolong pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya.
             Saya hairan kenapa kita orang melayu,suka mengharapkan bantuan malas bekerja lihatlah yg saya mark berwana pink apa orang asing kata.Suka menggangur duduk warung kopi,habiskan masa berjam-jam kat komputer,merempit,dadah,berzina,membuang masa tanpa hala tuju,pilih kerja dan macam-macam lagi .Kat Malaysia bumi bertuah banyak kerja ,tak kira apapun kerja yang penting halal ,kerjalah.Lihatlah kesian peniaga kat jln tar terasa tinggal di bumi asing tetapi sebenarnya tingga ltumpah darah kita.Kalau kita dapat keistimewaan sebagai peniaga melayu tolonglah ,jangan sia-siakan.Berniagalah ke akhir hayat kalau tak nak jual kat orang melayu juga.
             Nenek moyang kita penat mengerjakan tempat utuk cucu cicitnya ,tolonglah jangan sia-siakan.Fenomena sekarang nie telah penuh warga asing,terasa takut nak pergi mana-mana.Masyarakat sekarang perlu sedar jangan,pasal duit anda gadaikan maruah sendiri.Perlu sedar dan beringat sekarang orang melayu ditaraf kebimbangan yang amat sangat.Jangan terleka wahai orang melayu semua............sekali terleka dan terlena .........ramai orang asing mengambil peluang...................


Bantahan laporan Seksualiti Merdeka

 
TERKINI
154 laporan bantah program Seksualiti Merdeka diterima

154 laporan bantah program Seksualiti Merdeka diterima

09/11/2011 3:31pm

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Polis telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianggap mengganggu ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan yang diterima sehingga semalam itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas terhadap penganjur demi keselamatan mereka.
"Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini, lebih 50 orang telah dirakam percakapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Khalid berkata, setakat ini, tiada individu yang ditahan. – Bernama


Sumber utusan online.

nuffnang ad

Jom cuci mata kejap....

Jual emas lama rosak patah emas putih platinum surat pajak